<![CDATA[GGGE1155 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN - MY REFLECTION ]]>Fri, 01 Jan 2016 09:11:11 -0800Weebly<![CDATA[Refleksi Minggu ke - 14]]>Wed, 23 Dec 2015 05:53:01 GMThttp://nuralianaseer23.weebly.com/my-reflection/refleksi-minggu-ke-14        Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi peluang untuk membuat refleksi pada minggu yang terakhir. Sepanjang 14 minggu mengikuti kursus Komputer dalam Pendidikan di bawah pimpinan En Md Yusoff, saya mendapat pelbagai jenis input dalam kursus ini. Saya mendapat pendedahan mengenai pelbagai perkara yang perlu saya hadapi pada suatu hari untuk menjadi seorang guru. Sebagai contoh, saya mempelajari mengenai Microsoft Excel dan apabila saya menjadi guru kelak perkara inilah yang saya perlu lakukan.

       Selain itu, apabila saya belajar mengenai ICT dalam kelas ini, kemahiran yang saya dapat bukan sahaja digunakan untuk masa akan datang tetapi boleh digunakan pada masa sekarang. Contohnya seperti sebelum ini saya banyak membuat perbentangan dengan menggunakan Microsoft Powerpoint tetapi dengan adanya pengetahuan menggunakan Powtoon, saya dapat mengubah cara penyampaian perbentangan dengan lebih menarik. 

         Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah dan rakan-rakan seperjuangan yang lain kerana banyak membantu saya dalam meningkatkan kemahiran ICT menerusi kursus ini. ]]>
<![CDATA[Refleksi Minggu ke -13]]>Fri, 11 Dec 2015 03:29:01 GMThttp://nuralianaseer23.weebly.com/my-reflection/refleksi-minggu-ke-13       Syukur ke hadrat Illahi kerana masih diberi peluang untuk membuat refleksi pada minggu ke 13 ini. Pada minggu ini, kami semua diminta untuk membuat perbentangan hasil kerja kumpulan dari minggu pertama hinggalah minggu kedua belas. 
     Kami memulakan perbentangan hasil kerja kumpulan iaitu tugasan membuat Brochure Web 2.0 dalam Pendidikan, Microsoft Excel dan Video mengenai Web 2.0 dalam Pendidikan. En Md Yusoff telah memberi komen kepada setiap kumpulan untuk membuat sedikit penambahbaikan. 
   Selepas itu, kami diminta untuk membuat perbentangan individu iaitu perbentangan Weebly masing-masing. Saya membuat perbentangan Weebly saya dengan menunjukkan halaman biodata diri, diikuti dengan halaman refleksi diri dan seterusnya halaman tugasan pada setiap minggu. 
        Kami diminta untuk membuat sedikit penambahbaikan dan tarikh akhir untuk En Md Yusoff membuat penilaian adalah pada minggu hadapan iaitu minggu ke 14. 
]]>
<![CDATA[Refleksi Minggu ke - 12]]>Mon, 07 Dec 2015 10:41:28 GMThttp://nuralianaseer23.weebly.com/my-reflection/refleksi-minggu-ke-12        Pada minggu ke -12, saya dan ahli kumpulan telah diminta untuk menyambung membuat tugasan pada minggu lepas iaitu tugasan mengenai data pelajar dalam menggunakan aplikasi Microsoft Excel. Kami diminta untuk membuat graf pada setiap subjek dalam data mentah tersebut. Contohnya markah Pendidikan Islam, Matematik dan Sejarah dibuat dalam satu graf dan diikuti dengan subjek-subjek yang lain.
       Selepas itu, En Md Yusoff telah memberi pendedahan kepada kami mengenai perisian Powtoon. Kami diberi penerangan mengenai apa itu Powtoon, apakah fungsi Powtoon dan bagaimana cara menggunakan perisian Powtoon. Setelah penerangan diberikan, setiap pelajar diminta untuk membuka satu akaun baru dan membuat sebuah video ringkas untuk meneroka aplikasi perisian Powtoon. 
      Pada pendapat saya, aplikasi Powtoon ini sangat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat pelajar untuk belajar. Kaedah yang diajar ini merupakan satu pendedahan kepada kami mengenai kaedah pembelajaran yang pelbagai dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 
]]>
<![CDATA[Refleksi Minggu ke- 11]]>Sat, 28 Nov 2015 09:59:21 GMThttp://nuralianaseer23.weebly.com/my-reflection/refleksi-minggu-ke-11
        Syukur ke hadrat Ilahi kerana pada minggu ke-11 ini saya masih diberi peluang untuk membuat refleksi diri berdasarkan aktiviti pengajaran pada minggu ini. 
        Pada minggu ini, saya dan ahli kumpulan telah diberikan tugasan yang terbaru iaitu tugasan mengenai video. Kami diminta untuk membuat sebuah video yang berdurasi 1-3 minit mengenai web 2.0 dalam pendidikan. En Yusoff telah mengajar kami untuk membuat sebuah video dengan menggunakan aplikasi movie maker. 
      
Langkah yang pertama, kami diminta untuk menyimpan fail powerpoint mengenai web 2.0 dalam pendidikan dalam bentuk format JPEG. Langkah yang kedua, kami diminta untuk memuat turun sebuah video yang mempunyai kaitan dengan tajuk masing-masing. Langkah yang ketiga, kami perlu memuat turun audio ataupun menggunakan suara sendiri untuk dijadikan sebagai background music dalam video tersebut.
    
 Kemudiannya dengan menggunakan aplikasi movie maker, kami memasukkan semua aspek yang diperlukan iaitu gambar powerpoint, video, audio, animasi dan lain-lain dalam proses pembuatan video tersebut. 
    Seterusnya, kami diberi sedikit pendedahan mengenai tugasan yang akan dilakukan pada minggu hadapan iaitu tugasan mengenai data pelajar. En Yusoff telah memberi sedikit pendedahan dan tunjuk ajar cara menggunakan Microsoft Excel untuk merekod markah pelajar. Kami diajar cara mencari purata, peratusan markah pelajar dengan menggunakan aplikasi Microsoft Excel. 
       Pada pandangan saya, tugasan yang diberikan ini sebenarnya amat membantu kami sebagai seorang bakal guru kerana ia merupakan satu perkara yang akan kami gunakan apabila bergelar guru suatu hari nanti. 
]]>
<![CDATA[Refleksi Minggu ke - 10]]>Fri, 20 Nov 2015 09:40:23 GMThttp://nuralianaseer23.weebly.com/my-reflection/refleksi-minggu-ke-10             Pada minggu ke-10, kami diminta untuk menyambung hasil kerja yang dilakukan pada minggu lepas. Pada minggu lepas, kami telah membuat brochure mengenai Web 2.0 dalam pendidikan. En Yusoff telah memantau hasil kerja kami dan kami diminta untuk membuat sedikit penambahbaikan. Dalam brochure tersebut, kami telah menukar font, warna background dan lain-lain untuk memastikan brochure  tersebut menarik dan padat dengan maklumat yang ingin disampaikan. ]]><![CDATA[Refleksi Minggu ke - 9]]>Fri, 20 Nov 2015 09:34:47 GMThttp://nuralianaseer23.weebly.com/my-reflection/refleksi-minggu-ke-9
      Pada minggu ke-9 ini, kami telah diberikan tugasan yang baru. Tugasan baru yang perlu kami lakukan ialah untuk membuat brochure. Brochure yang perlu dilhasilkan adalah mengenai Web 2.0 dalam pendidikan. Brochure ini akan dibina dengan menggunakan Microsoft Publisher. 
       Pensyarah kami iaitu En Yusoff telah mengajar kami cara menggunakan Microsoft Publisher untuk membuat brochure tersebut. Kami diajar cara memilih tema brochure, format size brochure dan sebagainya. 
     Kami memilih untuk membuat brochure yang terdiri daripada 3 bahagian. Dalam brochure tersebut, kami turut memuatkan definisi web 2.0 dalam pendidikan, ciri-ciri web 2.0 dalam pendidikan, kelebihan web 2.0 dalam pendidikan dan sebagainya. Kami juga memuatkan gambar-gambar yang berkaitan dengan web 2.0 dalam brochure tersebut. En Yusoff turut memantau setiap hasil kerja kami dan memberi tunjuk ajar untuk penambahbaikan brochure tersebut. 
]]>
<![CDATA[Refleksi Minggu ke - 8 ]]>Fri, 30 Oct 2015 02:50:42 GMThttp://nuralianaseer23.weebly.com/my-reflection/refleksi-minggu-ke-8        Saya berasa bersyukur kerana pada minggu ini saya masih lagi berpeluang untuk menulis refleksi saya pada minggu ke -8. Pada minggu ini, saya dan ahli kumpulan telah diminta untuk membuat laporan kajian berdasarkan tajuk Web 2.0 dalam pendidikan. Responden untuk menjawab soalan soal selidik telah pun mencukupi 30 orang. 
         Pertama sekali, kami telah diajar mengenai komponen-komponen yang perlu ada dalam laporan kajian tersebut. En Yusoff telah memberitahu komponen-komponen yang perlu ada dalam laporan kajian iaitu abstrak, pengenalan, objektif kajian, metadologi, dapatan kajian, perbincangan dan pensyarah turut menjelaskan format laporan kajian iaitu dari segi font, spacing line dan sebagainya. 
    Seterusnya, kami telah menganalisis jawapan soalan soal selidik tersebut menggunakan aplikasi Google Docs. Berdasarkan analisis tersebut, kami dapat melihat tahap pengetahuan, kemahiran dan kepenggunaan responden terhadap web 2.0 dalam pendidikan. 
         Kemudiannya, kami telah membuat kerangka bagi abstrak, pengenalan, objektif kajian, metadologi dan sebagainya. Kami membuat kerangka ini menggunakan aplikasi Google Docs supaya mudah untuk ahli kumpulan membuat pengubahsuaian, malah kami juga dapat meningkatkan tahap kemahiran menggunakan aplikasi tersebut. 
]]>
<![CDATA[Refleksi Minggu ke -6]]>Wed, 21 Oct 2015 02:54:18 GMThttp://nuralianaseer23.weebly.com/my-reflection/refleksi-minggu-ke-6
            Pada minggu ke-6, saya dan ahli kumpulan diberi arahan untuk membuat tugasan baru. Kami diminta untuk mencari tentang tujuan penyelidikan dan proses menjalankan kajian. Selepas itu, kami juga diminta untuk mengenalpasti proses pembinaan soal selidik berdasarkan tajuk yang kami dapat pada minggu lepas iaitu mengenai Web 2.0 dalam Pendidikan. 
             Dalam kumpulan, kami diminta untuk membincangkan tujuan dan objektif kajian mini ini dijalankan. Pada mulanya, kami merangka dahulu soalan soal selidik mengenai Web 2.0 dalam pendidikan. Kami memasukkan 4 item dalam soal selidik tersebut  iaitu dari aspek demografi responden, pengetahuan, penggunaan dan kemahiran menggunakan Web 2.0 dalam pendidikan.  Kami menggunakan skala ya, tidak pasti dan tidak bagi aspek pengetahuan, penggunaan dan kemahiran.  
            Menggunakan Google Form, kami membina soalan soal selidik berikut mengikut kerangka soalan yang telah disiapkan. 
]]>
<![CDATA[Refleksi Minggu ke - 7]]>Tue, 20 Oct 2015 07:48:59 GMThttp://nuralianaseer23.weebly.com/my-reflection/refleksi-minggu-ke-7
            Pada hari ini, saya dan ahli kumpulan telah menyiapkan soalan soal selidik mengenai Web 2.0 dalam pendidikan. Pensyarah kami iaitu En Md Yusoff telah menyemak soalan kami dan meminta wakil kumpulan untuk memuat naik soal selidik tersebut dalam forum Weebly. Kami juga memuat naik soalan soal selidik ini dalam Facebook bagi memudahkan responden mendapat soalan.  Responden yang diperlukan untuk menjawab soalan ini minimum adalah 30 orang. 
]]>
<![CDATA[Refleksi Minggu ke - 5]]>Thu, 08 Oct 2015 08:48:07 GMThttp://nuralianaseer23.weebly.com/my-reflection/refleksi-minggu-ke-5
       Syukur ke hadrat Illahi kerana masih diberi peluang untuk membuat refleksi pada minggu ini bagi kelas Komputer dalam Pendidikan. Minggu ini merupakan minggu yang ke-5, saya dan ahli kumpulan telah diberi tugasan yang baru. Saya dan ahli kumpulan telah memilih tajuk Web 2.0 dalam Pendidikan (Web 2.0 in Education). 
        Pada mulanya, kami diminta untuk mencari sebarang maklumat mengenai Web 2.0 dalam pendidikan. Dengan menggunakan pencarian Google, saya dan ahli kumpulan telah mencari definisi, ciri-ciri dan lain-lain mengenai Web 2.0 dalam pendidikan. 
         Setelah mengumpul kesemua maklumat mengenai Web 2.0, kemudiannya kami diminta untuk mencari maklumat mengenai prinsip CASPER, pemilihan teks,grafik dan warna. Dengan berpandukan bahan yang diperoleh dari Minggu ke-4, kami diminta menyediakan sebuah perbentangan berkumpulan dengan menggunakan perisian Powerpoint (Google Drive). Penyediaan Powerpoint tersebut diaplikasikan dengan dengan konsep CASPER, pemilihan teks, grafik dan warna yang sesuai. 
           Tugasan yang telah siap dilaksanakan perlu dibentangkan dalam kelas dan dimuatkan dalam laman web ifolio ukm. Akhir sekali, kami diminta untuk menulis refleksi pada minggu ke-5. 
]]>